SOALAN LATIHAN


LATIHAN


1          Antara berikut, yang manakah boleh dijadikanpetunjuk bagi sesuatu ketinggian dalam peta topografi?

I.           Stesen trigonometri
II.        Skala
III.       Kontur
IV.        Garisan grid

A         I dan II
B         I dan III
C         I dan IV
D         III dan IV


2          Perbezaan nilai antara dua garisan kontur yang berdekatan dikenali sebagai

A         indeks kontur
B         selang kontur
C         longitud
D         warna kontur


3          Antara berikut, yang manakah benar mengenai garisan utaraan?

I.          Garisan yang mendatar dikenali sebagai garisan utaraan
II.         Garisan grid yang menegak dikenali sebagai garisan utaraan
III.        Nilainya bertambah dari selatan ke utara
IV.        Nilainya bertambah dari barat ke timur

A         I dan II
B         I dan III
C         I dan IV
D         III dan IV


4          Susunan garisan kontur sangat rapatdan bertindih menjadi satu garisan sahaja. Pernyataan di atas berkaitan dengan bentuk bumi

A         tebing tinggi
B         gunung
C         cerun landai
D         bukit

5          Keratan rentas membolehkan kita melihat pemandangan bentuk muka bumi dari

A         pandangan depan
B         pandangan atas
C         pandangan bawah
D         pandangan sisi


6          Kedudukan sesuatu kawasan yang luas dalam peta topografi dapat ditentukan berdasarkan

A         rujukan grid 6 angka
B         rujukan grid 4 angka
C         tanda aras
D         tanda tinggi


7          Antara berikut, yang manakah digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu objek atau tempat dengan tepat?

A         Rujukan grid 4 angka
B         Rujukan grid 6 angka
C         Ketinggian
D         Lorekan


8          Apakah tujuan keratan rentas dilukis?

I.           Melihat pandangan sisi bentuk muka bumi
II.         Mentafsir bentuk muka bumi
III.        Menunjukkan ciri bentuk muka bumi di sepanjang perentas dalam peta
IV.        Mengkaji ciri-ciri budaya

A         I, II dan III
B         I, II dan IV
C         I , III dan IV
D         II, III dan IV


9          Garisan kontur yang jarang Pernyataan di atas merujuk kepada

A         cerun curam
B         cerun landai
C         cerun bertangga
D         cerun gunung