AKTIVITI UNIT GEOGRAFI


KECEMERLANGAN DIRAI,
PUNCAK GUNUNG JERAI MENJADI TAWANAN
PELAJAR CEMERLANG GEOGRAFI MRSM BALING



Tahniah buat semua pelajar cemerlang MRSM Baling dan guru yang telah berjaya melakarkan satu lagi sejarah dalam diari hidup kalian. Tidak semua mempunyai peluang untuk sampai ke puncak Gunung Jerai yang merupakan tulang belakang kepada negeri Jelapang Padi. Indah sungguh puncaknya alam, Sawah terbentang menjadi tatapan, Sejarah di puncak jerai telah dirakam, Buat tetapan pelajar ku di masa hadapan.


Perjalanan kami kepuncak Gunung Jerai mengambil masa selama 4 jam menggunakan jalan berturap dan turun menggunakan jalan hutan yang mengambil masa 3 jam. Pendakian kami selama 7 jam ini berakhir di Titi Hayun. Tanda PEACE kami sewaktu di puncak seteguh puncak jerai tetapi tanda PEACE kami di Titi Hayun sudah senget dan longlai. Hehehehe.....penat semua. Sepanjang perjalanan yang ditempuh pelbagai dugaan yang dilalui dan yang paling merisaukan kami ialah tidak mampu keluar dari hutan sebelum malam. Azam dan semangat yang ada membolehkan kami berjaya atasi segala dugaan dan berjaya keluar dari hutan 6:30 petang..Yayyyyy.....Disini kami kenali alam, kenali penat lelah, kenali erti kejayaan, kenali keupayaan. Ternyata banyak memberi makna buat kami semua..Alhamdulillah....